Contoh Karangan

KARANGAN 1

    
   AKU SEBUAH TELEVISYEN

Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak mewah dan mementingkan kualiti.

Namaku terkenal di santero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna.

Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang.

Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku.

Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.

Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang agak tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal.


KARANGAN 2 




AKU SEBUAH KERETA

Namaku Kelisa. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Rawang, Selangor. Badanku dibuat daripada kepingan-kepingan aluminium dan campuran besi. Aku diwarnakan dengan warna biru yang berkilauan.

Aku dipasang dengan enjin, alat pendingin udara, tempat duduk, lampu, radio kaset, dan juga tayar. Bentuk badanku agak kecil dan comel. Aku sebahagian daripada keluarga Perodua. Aku ialah adik kepada Kancil.

Sebelum dipasarkan aku diuji terlebih dahulu. Setelah aku lulus diuji, aku dihantar ke semua cawangan Syarikat Perodua Kancil di dalam dan di luar negara. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan dan seterusnya dipasarkan kepada para pelanggan.

Pada suatu petang, seorang gadis berkunjung ke tempatku. Aku tidak menyangka
bahawa gadis itu telah jatuh hati kepadaku. Akhirnya, dia bersetuju untuk membeli aku. Beliau tertarik dengan ciri-ciri ekonomi yang ada padaku.

Pemilikku bernama Alia Maisara. Dia menggunakan aku untuk pergi ke tempat kerja. Tuan aku menjaga aku dengan baik dan cermat. Setiap tiga bulan, aku akan dihantarnya ke klinik kereta untuk mendapatkan rawatan.

Aku berasa bangga kerana dapat berbakti kepada manusia di kota dan juga di desa. Namaku, sudah tidak asing lagi dalam genarasi kereta masa kini. Aku masih dihargai dan disayangi oleh pemilikku.
 

No comments:

Post a Comment