Saturday 6 October 2012

Sinonim

1.Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Setokin
Seluar
Capal
Kasut


2. Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
habis
laku
lazat
terkenal


3. Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu
kesayangannya.
derita
pedih
uzur
perit


4. Air telaga itu telah tercemar.
perigi
tasik
sungai
kolam
1.Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
sopan
baik
rajin
taat

2.Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
mabuk
bimbang
penat
takut

3.Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan
sekolah.
menyaman
memukul
menghukum
memarahi

4. Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.
sesuai
cantik
cukup
lengkap

5. Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar
itu.
moden
panjang
kukuh
indah

Monday 6 August 2012

Latihan Kefahaman 3


Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.



Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,

70300 Seremban.                                                                                               Telefon : 06-4246522

___________________________________________________ ______________________

Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,                                                                  Ruj. Kami: SKMB/96/07

Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban                                                           Tarikh : 13 Jun 1996          

70300

SEREMBAN.



Tuan/Puan,



Pengambilan Buku Laporan Kemajuan Pelajar



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi me ngambil

buku laporan kemajuan anak tuan/puan.



2. Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak sekolah tidak lagi menyerahkan buku

laporan tersebut kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah.



3. Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu bapa datang ke sekolah untuk

menandatangani buku laporan tersebut. Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru

kelas anak mereka dan seterusnya dapat berbincang tentang perkembangan pelaiaran

anak-anak.



4. Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang lengkap berpakaian seragam

sekolah pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah

Tarikh      :              22 hb. Jun 1996

Hari        :              Sabtu

Masa      :              Tahun 1, 2, dan 3 Tahun 4, 5, dan 6

8.00 pagi - 11.00 pagi 9.00 pagi - 11.45 pagi

2.00 petang - 4.00 petang 3.00 petang - 4.45 petang



5. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami harapkan demi meningkatkan lagi

prestasi pelajaran pelajarpelajar sekolah ini.



Sekian, terima kasih.



'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'



Saya yang menurut perintah,





____________________________

(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.



1  Surat di atas ditujukan kepada

A             gurubesar                                 B             pelajar-pelajar

C             ibu bapa/penjaga                     D             tuan/puan



2  Tujuan utama surat itu adalah untuk

A             menjemput ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak- anak

mereka.

B             memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.

C             menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.

D             memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mengambil buku

laporan kemajuan anak-anak mereka.



3  Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A             ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan kemajuan pelajar.

B             pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk ditandatangani

oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.

C             pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke sekolah bersama ibu

bapa mereka.

D             pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran murid -muridnya.



4  Anak Puan Seliah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang pada masa berikut,

    kecuali

A             8.45 pagi                               B             9.30 pagi

C             3.45 petang                          D             4.15 petang



5  Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 . Masa yang paling

    sesuai bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah ialah

A             8.30 pagi                               B             11.15 pagi

C             3.30 petang                          D             4.15 petang














Latihan Kefahaman 2


Soalan 1 hingga Soalan 5


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya


Gopal   : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!

Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar

  dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!

Chan     : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa

  dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi

Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang

ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita    

sedemikian!

Gopal   : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu

barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan  

yang dilindungi?

Samat   : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu

Gopal    : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau

    membunuh ular.

Chan     : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!

Samat   : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!

Gopal   : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak

  pukul atau bunuh!

Chan     : Kenapa? Kamu takut ke?

Samat   : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena

  masuk penjara pula!



1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?

A          Bayang-bayang ular sawa menelan manusia

B          Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia

C          Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar

D          Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.



2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan

A          Menakutkan                              B          Menggemparkan

C          Menghairankan                      C  Menyeronokkan



3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali

A          ular sawa menelan gajah

B          ular sawa menelan kambing

C          ular sawa menelan ayam

D          ular sawa menelan manusia



4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana

   mencedera atau membunuh ular sawa?

A          Denda sehingga RM3 000

B          Dikenakan hukuman penjara.

C          Dihukum penjara dan denda RM3 000 Denda RM3 000 atau dihukum penjara



5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana

A          hukumannya sangat berat.

B          ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.

C          kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.

D          kita boleh dihukum penjara.










Saturday 21 July 2012

Latihan Kefahaman 1


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
            Aku dilahirkan di sebuah kedai membuat pakaian di bandar Kuantan. Aku diperbuat daripada benang sutera yang dimport daripada negara Jepun. Badan aku berwarna biru dan dihiasi dengan corak bunga teratai yang berwarna kuning. Kawan-kawanku memuji kecantikanku. Sesungguhnya aku sungguh bersyukur dan bangga dilahirkan cantik sebegini.
Setelah aku siap dipotong, aku telah dibungkus dengan kemas di dalam sebuah kotak bersama dengan kawan-kawanku yang lain. Aku dan kawan-kawanku telah dihantar dengan menggunakan sebuah lori ke sebuah pasar raya yang besar di Petaling Jaya. Aku dan kawan-kawanku akan dijual di situ.
Aku dan kawan-kawanku telah dipamerkan di sudut menjual pakaian di pasar raya itu. Aku berasa bangga berada di situ. Orang ramai yang datang sering memuji-mujiku. Kata mereka, warna aku menarik dan potongan badanku cantik. Kata-kata mereka ini tambah membanggakan aku lagi.
Pada suatu hari, datang seorang perempuan muda yang bergaya ke tempat aku dan kawan-kawanku dipamerkan. Aku ternampak dia membelek-belek kawan-kawanku, kemudian dia menggelengkan kepalanya. Perempuan muda itu ternampak aku. Akhirnya dia membelek-belekku sambil tersenyum. Dia mengacukan aku ke badannya. Kemudian, dia terus ke kaunter pembayaran untuk membayar hargaku.
Kini, bermulalah kehidupan baru dalam hidupku. Aku telah mendapat tuan yang baru. Aku berasa gembira dan bangga kerana akan dapat memberi perkhidmatan kepada tuanku. Aku berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada tuanku. Tuan aku selalu mamakai aku ketika pergi ke pejabat dan ke masjlis-majlis rasmi. Kawan-kawan tuan aku sering memujinya apabila memakaiku.Aku berasa sangat bangga dengan pujian tersebut. Apabila aku digunakan, aku dibasuh dan dijaga. Kemudian, tuan aku menggosokkan aku supaya aku kelihatan kemas dan rapi.
Namun, semakin lama warnaku semakin pudar kerana selalu digunakan oleh tuanku. Pada suatu hari, tuanku telah memasukkan aku ke dalam sebuah plastik yang besar. Aku berasa amat sedih dan kecewa dengan sikap tuanku. Di dalam plastik itu, terdapat lagi kawan-kawanku yang senasib denganku. Mereka semua kelihatan sedih. Kata mereka, kami akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan. Walaupun berasa sedih, namun aku tetap berbangga kerana akan dapat memberi perkhidmatan lagi kepada mereka yang memerlukannya.

1          Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas?
A         Sepasang baju Melayu              
B          Sepasang anting-anting
C          Sepasang baju kurung               
D         Sepasang kasut

2          Di manakah ‘aku’ dilahirkan?
A         Di negeri Pahang                      
B          Di negara Jepun
C          Di Petaling Jaya                       
D         Di Kuala Lumpur

3 Semua pernyataan berikut menyebabkan ‘aku’ berasa bangga kecuali
A         dapat memberi perkhidmatan kepada tuannya
B          mempunyai warna yang menarik dan potongan badan yang cantik
C          sering menerima pujian daripada kawan-kawan tuannya
D         dibawa dengan lori ke pasar raya yang besar

4 Mengapakah perempuan muda itu tersenyum apabila membelek-belek ‘aku’?
A         kerana kecantikan ‘aku’ dan sesuai dengan saiz badannya
B          kerana ‘aku’ dijual di pasar araya yang besar
C          kerana harga ‘aku’ lebih mahal berbanding dengan kawan-kawan ‘aku’
D         kerana dia berminat untuk membeli kawan-kawan ‘aku’

5 Apakah nasib yang menimpa ‘aku’ selepas dimasukkan ke dalam sebuah plastik?
A         ‘Aku’ akan diberikan kepada orang lain
B          ‘Aku’ telah digunakan sebagai pengelap lantai
C          ‘Aku’ akan disumbangkan kepada sebuah badan kebajikan
D         ‘Aku’ akan dibuang ke dalam tong sampah

Monday 16 July 2012

Latihan Kata Nama


Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai.


1.       Bapa saya seorang _______________ bahasa di Universiti Teknologi Malaysia.
2.       _______________ dari Johor Baru ke Melaka mengambil masa selama tiga jam.
3.       Murid-murid diwajibkan menyertai kegiatan ______________di sekolah pada hari Sabtu.
4.       ________________ merupakan antara bangunan yang tertinggi di Asia Tenggara.
5.       Adik Rohaina akan menjalani pembedahan pintasan jantung di _______________________.
6.       Hampir 100 00 orang kanak-kanak di China mengalami __________ makanan selepas minum susu yang tercemar.
7.       Pengambilan _______________ tambahan tanpa nasihat doktor boleh mendatangkan kesan sampingan.
8.       Sungai membekalkan sumber air untuk kegunaan _____________.
9.       Mengikut ____________, 80% daripada anggota polis trafik yang mengawal lalu lintas mengalami masalah pendengaran.
10.   Pencemaran dan penggondola hutan telah menjadi punca kepada ____________ global.

Friday 13 July 2012

Pantun Teka-teki


    
Terbang tinggi si burung helang,
     Hinggap di atas pohon meranti;
Anak ramai ibunya seorang,
     Bila bergesel berapi-rapi?

Ada tubuh ada tangan,
     Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
     Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Buah budi bidara mengkal,
     Masak sebiji di tepi pantai;
Hilang budi bicara akal,
     Buah apa tidak bertangkai?

Budak-budak ramai di pekan,
     Hari raya membakar petas;
Kalau adik pandai kiasan,
     Apakah buah gugur ke atas?

Tinggi duduk di atas sekali,
     Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
     Bila siang ia berganti.

Pergi umrah setiap tahun,
     Moga sentiasa murah rezeki;
Dalam batang ada daun,
     Dalam daun ada isi?

Bila kecil boleh ditiup,
     Sudah besar janganlah lagi;
Kalau tercucuk ia meletup,
     Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Pantun Nasihat

           Ambil dayung kayuh sampan,
    Cari buluh buat galah;
Marah dan bengis jadi amalan,
    Sepanjang hayat hidup susah.
 

      Ambil cupak sukat beras,
    Ambil buluh buat galah;
Kalau hidup berhati ikhlas,
    
          Hidup kita diberkati Allah.
      Ambil kapak pergi ke bukit,
    Tebang pokok buat perahu;
Kita senang meminta duit,
    Susah mencari kita tak tahu.
 Anak musang di tepi telaga,
    Sarang tupai di pohon manggis;
Perasaan ibu hendaklah dijaga,
    Jangan sampai ia menangis. 


  Anak seluang dimakan haruan,
    Kupu-kupu di tepi paya;
Masa terluang jangan disia-siakan,
    Jadikan buku teman setia.

Kata Nama Khas


1.       Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Bil
Kategori
Contoh
1
Manusia , Orang
Doktor Afendi, Puan Maimunah, Encik Ali, Datuk Zainal dll

2
Haiwan , Binatang
Sang Rangkak, Si Comel, Pak Belang, Sang Kancil dll

3
Benda
Proton Waja, Acer, Swatch, Stabilo, Bata, Dunhill dll

4
Tempat
Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


2.       Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Thursday 12 July 2012

Kata Nama

KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu KATA NAMA dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am 
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul

Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

1.       Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa   
seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.



Bil
Kategori
Contoh
1
Manusia , Orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

2
Haiwan , Binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

3
Benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

4
Tumbuh-tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

5
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


2.       Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
  
  •  konkrit, nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat 
  •  abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.