Monday, 6 August 2012

Latihan Kefahaman 3


Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.



Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,

70300 Seremban.                                                                                               Telefon : 06-4246522

___________________________________________________ ______________________

Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,                                                                  Ruj. Kami: SKMB/96/07

Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban                                                           Tarikh : 13 Jun 1996          

70300

SEREMBAN.



Tuan/Puan,



Pengambilan Buku Laporan Kemajuan Pelajar



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi me ngambil

buku laporan kemajuan anak tuan/puan.



2. Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak sekolah tidak lagi menyerahkan buku

laporan tersebut kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah.



3. Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu bapa datang ke sekolah untuk

menandatangani buku laporan tersebut. Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru

kelas anak mereka dan seterusnya dapat berbincang tentang perkembangan pelaiaran

anak-anak.



4. Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang lengkap berpakaian seragam

sekolah pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah

Tarikh      :              22 hb. Jun 1996

Hari        :              Sabtu

Masa      :              Tahun 1, 2, dan 3 Tahun 4, 5, dan 6

8.00 pagi - 11.00 pagi 9.00 pagi - 11.45 pagi

2.00 petang - 4.00 petang 3.00 petang - 4.45 petang



5. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami harapkan demi meningkatkan lagi

prestasi pelajaran pelajarpelajar sekolah ini.



Sekian, terima kasih.



'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'



Saya yang menurut perintah,





____________________________

(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.



1  Surat di atas ditujukan kepada

A             gurubesar                                 B             pelajar-pelajar

C             ibu bapa/penjaga                     D             tuan/puan



2  Tujuan utama surat itu adalah untuk

A             menjemput ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak- anak

mereka.

B             memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.

C             menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.

D             memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mengambil buku

laporan kemajuan anak-anak mereka.



3  Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A             ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan kemajuan pelajar.

B             pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk ditandatangani

oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.

C             pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke sekolah bersama ibu

bapa mereka.

D             pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran murid -muridnya.



4  Anak Puan Seliah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang pada masa berikut,

    kecuali

A             8.45 pagi                               B             9.30 pagi

C             3.45 petang                          D             4.15 petang



5  Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 . Masa yang paling

    sesuai bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah ialah

A             8.30 pagi                               B             11.15 pagi

C             3.30 petang                          D             4.15 petang














No comments:

Post a Comment