Soalan 1 hingga
Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya
Gopal :
Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya
masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!
Chan :
Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang
ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan
kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan
Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas
mereka untuk mencari cerita -cerita
sedemikian!
Gopal :
Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa
tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu
ular sawa merupakan sejenis haiwan
yang dilindungi?
Samat
: Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita
boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh
ular.
Chan :
Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat :
Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal :
Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan :
Kenapa? Kamu takut ke?
Samat :
Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!
1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di
atas?
A Bayang-bayang ular sawa menelan
manusia
B Dia terbayang kenangan ular sawa
menelan manusia
C Gambar ular sawa menelan manusia yang
tersiar dalam akhbar
D Kejadian ular sawa menelan manusia
yang dilihat oleh Gopal.
2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
A Menakutkan B Menggemparkan
C Menghairankan C Menyeronokkan
3. Semua berita berikut telah tersiar
dalam akhbar kecuali
A ular sawa menelan gajah
B ular sawa menelan kambing
C ular sawa menelan ayam
D ular sawa menelan manusia
4 Apakah hukuman yang paling berat
boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
mencedera atau membunuh ular sawa?
A Denda sehingga RM3 000
B Dikenakan hukuman penjara.
C Dihukum penjara dan denda RM3 000
Denda RM3 000 atau dihukum penjara
5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau
dibunuh kerana
A hukumannya sangat berat.
B ia merupakan sejenis binatang yang
dilindungi.
C kita hanya boleh lari apabila terjumpa
ular sawa.
D kita boleh dihukum penjara.
No comments:
Post a Comment